Testimoni
Sifir Sastera Testimoni Sifir Sastera adalah satu gabungan kaedah untuk menulis esei secara lengkap dengan lebih sistematik agar menjawab persoalan yang diutarakan. Sifir Sastera juga boleh didefinisikan sebagai satu teknik kemahiran aliran sastera yang telah mencipta keadah khusus bagi menjawab soalan berbentuk esei atau mengarang esei untuk menerangkan sesuatu perkara agar dengan jelas boleh difahami dan sampai maksud penulis kepada pembaca secara lancar. Seperti mana kaedah pengiraan darab dalam bidang matematik yang dicipta sifir satu hingga sifir dua belas untuk memudahkan kaedah darab nombor kepada pelajar, begitu juga dengan sifir sastera ini dicipta untuk memudahkan pelajar mencipta sebuah esei lengkap. Kaedah ini telah saya cipta pada hujung Tahun 2004 semasa menjadi calon Peperiksaan Awam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada Tahun 2005. Saya telah mengambil asas daripada kaedah karangan esei dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan teknik Peta Piramid @ Triagle Map.