Testimoni

 Sifir Sastera

Testimoni


Sifir Sastera adalah satu gabungan kaedah untuk menulis esei secara lengkap dengan lebih sistematik agar menjawab persoalan yang diutarakan. Sifir Sastera juga boleh didefinisikan sebagai satu teknik kemahiran aliran sastera yang telah mencipta keadah khusus bagi menjawab soalan berbentuk esei atau mengarang esei untuk menerangkan sesuatu perkara agar dengan jelas boleh difahami dan sampai maksud penulis kepada pembaca secara lancar. Seperti mana kaedah pengiraan darab dalam bidang matematik yang dicipta sifir satu hingga sifir dua belas untuk memudahkan kaedah darab nombor kepada pelajar, begitu juga dengan sifir sastera ini dicipta untuk memudahkan pelajar mencipta sebuah esei lengkap.

Kaedah ini telah saya cipta pada hujung Tahun 2004 semasa menjadi calon Peperiksaan Awam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada Tahun 2005. Saya telah mengambil asas daripada kaedah karangan esei dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan teknik Peta Piramid @ Triagle Map. Saya gabungan teknik membuat karangan Bahasa Melayu dengan Teori Keperluan Manusia oleh Moslow dalam buku Asas Pendidikan, sumber rujukan pelajar Maktab Pendidikan. Saya telah melukis rajah Piramid dan telah kombinasikan item isi kandungan Mata Pelajaran STPM yang lain seperti Subjek Sejarah, Geografi, Pengajian Am, Pengajian Sastera Melayu, Pengajian Perniagaan dan Subjek Ekonomi yang saya belajar secara langsung dan tidak langsung melalui kawan-kawan setingkatan yang berbeza Kelas Mengikut Pengajian Mata Pelajaran Untuk Peperiksaan STPM.

Setelah mempelajari secara menyeluruh semua mata pelajaran STPM yang ditawarkan untuk calon Peperiksaan Awam sekolah saya, saya cuma mengelaskan mengikut laras Aliran Sastera dan mendapati isi kandungan kami semua membicarakan tentang dasar yang sama cuma dibezakan dengan Laras Kelas Pengajian sahaja. Saya telah cuba mengabungkan keseluruhannya dan menguji dengan mata pelajaran yang saya pelajari di dalam Kelas Geografi. Hasilnya tahap pemahaman dan penguasaan mata pelajaran saya makin meningkat. Justeru itu kedudukan saya di dalam kelas sentiasa mendapat Nombor Pertama di dalam kelas setiap kali penilaian melalui ujian peperiksaan diadakan malah turut berada pada Ranking Tiga di atas dalam Tingkatan Enam.

Tujuan saya mencipta Sifir Sastera ini menggunakan Teori Triagle Map adalah memudahkan penguasaan terhadap Subjek Pengajian STPM saya dari segi pemahaman dan penghafalan fakta-fakta subjek terutama Subjek Sejarah yang mengguna rujukan buku teks tebal sebanyak empat buah buku yang merangkumi Sejarah Satu menyentuh bab Tamadun Dunia dan Tamadun Islam. Manakala Subjek Sejarah Dua pula menyentuh Sejarah Malaysia dan Sejarah Asia Tenggara. Satu Subjek Sejarah sahaja mempunyai Empat Buku Teks yang tebal sebagai rujukan sumber pembelajaran. Melalui Sifir Sastera menggunakan Kaedah Teori Peta Piramid atau Triagle Map, saya bukan sahaja dapat memahami Subjek Sejarah dengan cepat malah mampu menghafal fakta Sejarah dan menulis esei berkualiti tinggi menepati dengan kehendak Skema Pemeriksaan Kertas Soalan.

Pencapai saya dalam Subjek Sejarah adalah sangat luar biasa dengan bekas pelajar Aliran Teknik Kejuruteraan Awam seperti saya semasa menduduki Peperiksaan Awam (SPM). Kelebihan saya dalam Subjek Sejarah secara luar biasa ini telah saya Adaptasi juga dengan Subjek Bahasa Melayu, Pengajian Am dan Geografi. Hasilnya tahap penguasaan terhadap Subjek STPM semakin hari semakin meningkat dengan pembuktian saya mendapat Pointer yang sama dengan pelajar daripada kelas teratas iaitu Kelas Ekonomi, kelas pertama Tingkatan Enam Atas yang menduduki Peperiksaan Awam STPM padaTahun 2005, akan tetapi saya hanya di tahap kedua dalam kedudukan Tingkatan Atas walaupun Pointer Perperiksaan Percubaan STPM Terengganu diungguli saya dengan angka 3.86.

Tujuan utama Sifir Sastera yang saya cipta adalah untuk pemahaman Subjek yang diambil, menguasi melalui tahap ingatan yang tinggi dan mampu mengarang esei menepati Skema Pemarkahan yang menepati kehendak pemeriksa kertas jawapan kerana dapat mengemukakan fakta yang tepat dan padat dalam penulisan jawapan esei.

Sifir Sastera ini bukan hanya terkubur selepas menduduki Peperiksaan Awam STPM Pada Tahun 2005, akan tetapi saya telah bawa dalam pengajian tinggi saya di Universiti Utara Malaysia pada Jun 2006 hingga Mei 2010. Menggunakan kaedah ini, pembelajaran di dalam kelas kursus pengajian saya memberangsangkan sehingga sering kali mendapat Carried Mark A di dalam kelas.

Saya telah Upgrade dengan teknik kemahiran yang makin tinggi berbekal dengan sumber ilmiah yang mudah diperolehi di Peringkat Pengajian Tinggi University. Setelah Empat Belas Tahun selepas saya mencipta Sifir Sastera sebagai Teknik Kemahiran Penguasaan Pengajian Aliran Sastera di semua peringkat, saya tampil menulis buku tentang satu Teknik Kemahiran Penguasaan Pengajian Aliran Sastera untuk berkongsi dengan semua orang. Teknik Kemahiran ini saya namakan Sifir Sastera atau dengan nama lain Triagle Map. Ia juga digelar oleh saya sebagai Seni Silat Minda.

Sasaran saya setelah berkongsi Sifir Sastera ini, dapat memudahkan pelajar Aliran Sastera untuk penguasaan pemahaman dan mampu menjawab soalan esei dengan semudah mungkin secara tepat serta memperolehi markah yang tinggi.








*#SIFIR SASTERA
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu






 








Comments

Popular posts from this blog

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh