Hakikat Nombor Satu
Teori Nombor Wan
Hakikat Nombor Satu
1 Pengenalan
2 Kandungan
3 Penutup
Para pembaca sekalian, saya telah berfikir panjang untuk bercerita tentang hakikat nombor ini kerana ia adalah rahsia Allah swt. Namun begitu sampai bila ia mahu menjadi rahsia kerana lambat laun akan ada orang membongkarnya. Walaupun begitu ilmu ini saya perolehi berdasarkan ilham dari percampuran ilmu agama klasik dengan ilmu akedemik moden. Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak kerana saya hanya meluah apa yang terbuku di hati sahaja. Sekarang saya akan membongkar rahsia ini dan saya berharap anda akan bertanya kepada pakar sebelum terima dangan bulat-bulat untuk pedoman hidup.
Nombor Satu adalah nombor untuk Allah swt. Nombor Satu adalah nombor primer yang paling primer kerana nombor ini yang pertama wujud. Ia wujud dengan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana nombor yang lain dan ia merupa simbol ketunggalan iaitu Esa. Nombor ini adalah nombor yang sejati lagi tulin yang mana nombor lain yang wujud berpunca daripada nombor ini semata-mata. Tiada lagi nombor yang setara atau bersamaan dengan nombor ini. Saya tidak mampu memberi apa-apa contoh bagi nombor ini kerana seluruh alam ini tidak layak untuk dibandingkan dengannya. Allah swt adalah Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah kerana tidak ada satu pun yang setara dengannya. Dia berdiri dengan sendiri tanpa perlu ada sesiapa yang mendokongNya. Itulah baru sebenarnya Tuhan. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Saya rasa cukup sajalah macam ini saya huraikan tentang nombor satu. Kalau saya huraikan lagi nanti macam jadi ceramah agama pula.
Setelah anda tahu tentang hakikat nombor Satu, saya akan ceritakan nombor lain pula. Saya amat berharap anda akan faham tentang penerangan saya ini. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati kita semua. Amin.
*#TEORI NOMBOR WAN
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.
Comments
Post a Comment