Item Dalam Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup

 Sifir Sastera

Item Dalam Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup


1 Pendahuluan 

2 Kandungan 

3 Penutup



Sifir Sastera adalah adalah formula asas untuk membuat esei yang mana mengandungi tiga asas iaitu Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup. Dalam ketiga-tiga bahagian ini mengandungi item masing-masing. Ketiga-tiga bahagian ini adalah saling bergantungan diantara satu sama lain untuk menjadi sebuah esei yang lengkap dan berkualiti. Ianya tidak dapat dipisahkan diantara satu sama lain. Sekiranya dipisahkan, maka pincanglah esei tersebut. Kita akan lihat satu persatu bahagian tersebut pada perenggan yang seterusnya. Saya berharap anda akan memahami penyampaian saya nanti.

Bahagian pertama adalah Pendahuluan yang biasa mengandungi maksud, definisi, konsep, dan teori. Bahagian ini amat terhad walaupun ianya menjadi bahagian paling penting dalam sesebuah esei. Kepentingannya ibarat sebagai kepala kepada sesuatu hidupan. Pada bahagian ini kita menjawab persoalan yang ditanya oleh soalan. Oleh itu, kita harus berhati-hati semasa menjawab pada bahagian ini agar kefahaman kita terhadap soalan tidak lari. Kita mulakan dengan memberi maksud yang ditanya oleh soalan kemudian pergi kepada definisi, konsep, atau tajuk sekiranya ada. Pada bahagian ini juga harus memberi penerangan ringkas tentang apa yang soalan tanya, tapi ingat jangan sampai meleret.

Bahagian kedua adalah Kandungan yang biasanya mengandungi faktor, kesan, contoh, sejarah, masa, dan pendek kata mengandungi semua perkara yang tidak termasuk dalam Pengenalan Dan Penutup. Dalam bahagian juga esei kita akan dinilai tentang kita menjawab apa yang ditanya oleh soalan. disini kita boleh mengolah Kandungan semahunya mengikut kehendak kita. Kita boleh membentangkan isi Kandungan mengikut kemahuan kita asalkan tidak lari dari soalan yang ditanya. Pendek kata di bahagian Kandungan ini kita mempunyai sedikit kebebasan berbanding bahagian Pendahuluan dan Penutup. Namun begitu ingat, skop dalam bahagian Kandungan ini amat luas dan kita harus berfikiran terbuka semasa menulis esei. 

Bahagian terakhir adalah bahagian Penutup yang biasanya mengandungi kesimpulan, rumusan, dan huraian ringkas tentang keseluruhan esei. Pada bahagian ini juga amat terhad sama dengan bahagian Pengenalan. Pada bahagian ini adalah pelengkap kepada keseluruhan esei agar ia menjadi sedap dibaca oleh pembaca. Anda mesti tahu merumus tentang keseluruhan isi kandungan agar tiada hal pun yang tertinggal. Oleh itu jika anda ingin menjadi seorang penulis yang baik, anda mesti membaca kesemua hasil karya penulisan saya dalam Sifir Sastera ini. 


Kesimpulannya untuk menulis sesuatu esei kita mesti membahagikan esei kepada tiga bahagian iaitu Pengenalan, Kandungan, dan Penutup. Setiap bahagian mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri untuk dikarang dalam esei. Sifir Sastera ibarat formula kejadian alam yang menjadi sebagai acuan untuk kita isi mengikut apa yang dikehendaki bergantung kepada acuan dipilih. Sekiranya acuan lain, maka lain pula jadinya. Oleh itu kita mesti memilih acuan dengan bijak agar tidak bersalahan dengan niat dan tujuan kita. Saya berharap, sedikit sebanyak anda telah faham tentang apa yang ingin saya sampaikan dalam penulisan saya dalam bab ini. 





*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.






















Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh