Item Sifir Sastera

 Sifir Sastera

Item

1 Definisi

2 Kandungan

   a-Ekonomi

        *sumber alam

        *buruh

        *infrastruktur dan fasiliti

        *modal

        *import eksport

        *pelaburan

        *teknologi

        *perindustrian

   b-Politik

         *pentadbiran

         *sistem cukai

         *dasar kerajaan

         *perundangan

         *hubungan diplomatik

   c-Sosial

         *kesihatan

         *kesenian

         *budaya

         *pendidikan

         *media massa

         *keagamaan

         *sukan

3 Penutup


Item kajian dalam Bidang Sastera adalah terlalu banyak. Ianya berkisar tentang kehidupan seharian manusia. Bidang Sastera juga sangat unik kerana ianya membicarakan keseluruhan kejadian alam, peraturan alam, dan menceritakan tentang kehidupan makhluk. Namun begitu, untuk menguatkan Bidang Sastera ini ia memerlukan kajian dalam ilmu Sains dan Matematik.

Bab pertama dalam Bidang Sastera ini ialah Ekonomi. Mengapakah Ekonomi? Sebab ianya untuk mengisi perut manusia sebagai makanan bagi meneruskan kehidupan. Pertama sekali dalam hal Ekonomi adalah Sumber alam iaitu terdiri daripada tumbuhan untuk makanan, ternakan untuk makanan, dan galian bagi memenuhi kehidupan seharian manusia. Sumber alam seperti tumbuhan untuk makanan, iaitu padi, gandum, kurma, dan pokok tumbuhan lain amat penting untuk makanan manusia. Begitu juga dengan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, unta, biri-biri, dan babi yang penting sebagai makanan manusia. Galian seperti pertroleum, gas asli, bijih timah, emas, perak, gangsa, besi, dan aluminium juga tidak kurang penting dalam kehidupan manusia.

Hal seterusnya berkaitan dengan tenaga buruh dalam sesebuah negara. Tenaga buruh sama ada yang tempatan atau asing juga amat penting sebagai tenaga kerja untuk digunakan sebagai tenaga kerja dalam sesuatu kerja. Tenaga buruh ini dibahagikan kepada empat iaitu kurang mahir, separuh mahir, mahir, dan pakar.Mereka semua dibayar gaji berdasarkan kepada kategori tersebut. Pekerja ini amat berguna untuk diupah bekerja dalam sektor ekonomi tersebut. 

Hal berikut adalah infrastruktur dan fasiliti. Hal ini berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat dalam sesebuah negara bagi memudahkan urusan kehidupan seharian rakyat. Contohnya kemudahan jalan raya, jambatan, tandas awam, hospital, perpustakaan, dan banyak lagi. Infrastruktur dan fasiliti ini amat penting dalam kehidupan rakyat bagi meneruskan kehidupan seharian mereka. Contohnya kemudahan jaringan jalan raya penting untuk mobilisasi rakyat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sama ada untuk bekerja atau tujuan sosial yang lain.

Hal lain adalah modal yang boleh mempengaruhi ekonomi. Modal digunakan untuk pembelanjaan kos operasi bagi mengusahakan Bidang Ekonomi yang diceburi seperti membayar kos bahan, peralatan, dan membayar gaji pekerja. Tanpa keupayaan modal sesuatu kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan. Oleh itu bagi pengusaha kegiatan ekonomi perlu menyediakan modal yang mencukupi sebelum bergiat dalam sesuatu Bidang Ekonomi. Hal demikian penting bagi melancarkan, dan melicinkan urusan kegiatan ekonomi yang diceburi.

Perkara seterusnya adalah import dan eksport bagi merancakkan lagi urusan kegiatan ekonomi sesebuah negara. Ada sesetengah produk perlu diimport dari negara luar kekurangan dalam negara, dan ada pula produk yang kita mesti eksport ke negara luar kerana berlebihan dalam penggunaan demostik. Keadaan ini biasa terjadi dalam sesebuah negara. Namun begitu, kegiatan import dan eksport ini tidak terhad kepada produk malah juga turut melibatkan tenaga buruh. Aktiviti import dan eksport ini tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingannya kepada Bidang Ekonomi sesebuah negara sama ada negara mundur, membangun atau negara maju.

Pelaburan juga menjadi perkara penting dalam Bidang Ekonomi kerana melalui pelaburan inilah pengusaha kegiatan sesuatu sektor ekonomi mendapatkan sumbangan modal bagi menjalankan operasi ekonomi. Pelaburan pula terbahagi kepada dua iaitu pelaburan tempatan dan pelaburan asing. Para pelabur mendapat faedah daripada nilai pelaburan selepas sektor ekonomi mendapat keuntungan. Faedah daripada keuntungan bergantung kepada sektor ekonomi yang dilaburkan. Maka dengan penerangan ringkas daripada saya ini ternyatalah pelaburan memainkan peranan penting dalam kemajuan prestasi kegiatan ekonomi. Oleh itu, jika hendak mendapatkan keuntungan yang banyak dalam Bidang Ekonomi kita haruslah menggalakkan pelaburan, tidak mengira sama ada pelaburan tempatan mahu pun pelaburan asing.

Perkara berikut dalam Bidang Ekonomi adalah teknologi yang digunakan dalam kegiatan ekonomi yang sedang diceburkan. Peranan teknologi ternyata amat penting dengan melihat kepada hasil pendapatan keuntungan yang diperolehi dalam sektor ekonomi yang diceburi. Teknologi memainkan peranan sebagai pemangkin kepada hasil pendapatan yang diperolehi daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam sesebuah teknologi. Teknologi ini pula terbahagi kepada paras kecanggihannya yang tersendiri bergantung kepada harga pasaran teknologi tersebut. Semakin canggih teknologi tersebut, maka semaki mahallah harganya. Teknologi ini direka oleh manusia yang bertujuan digunakan dalam sektor ekonomi tertentu bergantung kepda fungsi-fungsinya yang tersendiri. Para sainstis sedang sibuk bekerja untuk mereka cipta teknologi baru yang canggih bagi digunakan dalam kegiatan ekonomi.

Terakhir sekali dalam Bidang Ekonomi ini adalah perindustrian yang mencetus kemajuan ekonomi. Perindustrian terbahagi kepada dua iaitu industrian hiliran dan industrian huluan. Industrian hiliran bermaksud industri bandar berasas teknologi moden manakala industri huluan pula bererti industri tradisional yang memproses produk pertanian. Perindustian hiliran adalah perkilangan kereta, peralatan elektrik, dan sebagainya. Perindustrian huluan pula seperti kilang kerepek, kilang budu, dan sebagainya. Perindustrian amat penting kepada ekonomi sesebuah negara kerana mampu menyediakan peluang pekerjaan, melariskan pasaran jualan bahan mentah berasaskan sumber alam, dan sebagainya yang berkaitan.

Bab kedua Bidang Sastera adalah Politik. Apakah Politik itu? Politik adalah sistem pemerintahan dalam sesebuah negara. Perkara asas utama adalah pentadbiran negara. Ia melibatkan kerajaan memainkan pemerintahan sistem pemerintahan negara. Ia melibatkan barisan menteri yang memerintah kerajaan agar sistem pemerintahan berjalan dengan lancar. Sistem pentadbiran kerajaan diperintah oleh ketua negara sama ada raja atau presiden. Raja atau presiden ini akan melantik barisan jemaah menteri termasuk perdana menteri dan perdana menteri akan melantik menteri kabinet. Pembentukan sistem pentadbiran kerajaan ini amat penting bagi melicinkan urusan petadbiran sesebuah negara. Tanpa barisan jemaah menteri kabinet yang utuh, boleh menyebabkan kepincangan dalam Politik negara.

Perkara kedua adalah sistem percukaian. Politik yang akan menentukan sistem pembayaran cukai oleh rakyat dalam sesebuah negara. Cukai yang biasa digunakan adalah cukai pendapatan individu, cukai perniagaan dan banyak lagi cukai lain yang dikenakan kepada rakyat di dalam sesebuah negara. Hasil daripada cukai ini amat banyak dan begitu penting kepada negara untuk memajukan sesebuah negara yang diperintah. Jaringan jalan raya, hospital, dan jambatan tidak mungkin dapat dibina tanpa kutipan cukai daripada rakyat. 

Perkara seterusnya adalah dasar-dasar negara yang dibuat oleh pihak kerajaan. Dasar negara yang dibuat ini dibuat berdasarkan ideologi perdana menteri pada satu-satu era pemerintahan. Dasar kerajaan yang dibuat ini menentukan hala tuju sesebuah negara pada zaman pemerintahan perdana menteri tersebut. Dasar negara yang dibuat oleh perdana menteri ini akan menentukan perjalanan pemerintahan negara dalam semua hal. Antara perkara yang berjalan seiringan dengan dasar yang digubal oleh kerajaan adalah aspek ekonomi, politi, dan sosial dalam sesebuah negara.

Perkara yang berikutnya adalah sistem perundangan. Sistem perundangan ini digubal oleh Parlimen sesebuah negara yang diwakili oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sistem perundangan ini amat penting bagi menjaga keselamatan sesebuah negara dari sebarang jenayah dan salah laku rakyat dalam sesebuah negara. Perundangan ini pula dikuat kuasa oleh badan berkanun yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan seperti contoh polis. Kerja polis pula seperti memastikan undang-undang sesebuah negara berdaulat dan dipatuhi oleh semua rakyat secara menyeluruh dan menangkap mereka yang melanggar undang-undang.

Akhir sekali adalah hubungan diplomatik sesebuah negara dengan negara luar. Negara akan menghantar duta negara ke negara luar bagi bertugas sebagai konsulat negara tanda menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Hubungan diplomatik ini amat berguna kepada sesebuah negara bagi menjalan kegiatan ekonomi seperti eksport dan import, keselamatan, dan hubungan sosial seperti kebudayaan. Tanpa hubungan diplomatik sesebuah negara tersebut tidak boleh menjalankan kegiatan eksport dan import dengan negara asing. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa hubungan diplomatik amat penting untuk sesebuah negara tersebut menjalini kegiatan ekonomi, politik dan sosial dengan antarabangsa.

Bab Sosial pula perkara utama adalah kesihatan. Kesihatan bagi rakyat sekalian amatlah penting bagi menjamin kualiti hidup mereka agar hidup bahagi dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa kesihatan yang bagus, rakyat hidup tidak selesa. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup merana. Jadi peranan kerajaan membina fasiliti yang baik seperti hospital dan klinik kesihatan untuk tujuan ini. Selain hospital dan klinik kesihatan  kerajaan, pihak swasta secara aktif turut mengambil peranan membina hospital dan klinik swasta bagi tujuan ini. Hal yang demikian telah berjaya meningkatkan tahap kesihatan rakyat dalam sesebuah negara. Ini memberi petunjuk positif dalam bidang kesihatan.

Perkara kedua adalah kesenian dalam sesebuah negara. Kesenian adalah nilai estatika manusia atau juga disebut dengan panggilan karya kreatif. Kesenian ini melibatkan seni ukiran, tembikar, pertahanan diri, tarian, lakonan pentas dan banyak lagi. Kesenian ini menggambarkan ciri identiti sesebuah bangsa. Hal ini juga boleh digunakan sebagai sumber pendapatan dalam menjalani kehidupan seharian. Ramai manusia yang berjaya setelahmenceburi bidang kesenian ini. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi sumbangan peranan kepada kehidupan seseorang manusia. Kesenian dinilai dengan bertapa kreatifnya uniknya hasil yang dikeluarkan. Tidak membawa sebarang kerugian kepada sesiapa yang menceburkan diri dalam bidang kesenian ini.

Perkara ketiga adalah budaya sesuatu budaya dalam sesuatu bangsa dalam sesebuah negara. Budaya boleh diertikan sebagai tingkah laku unik dalam sesebuah bangsa di negara tersebut. Ia dinilai berdasarkan kesopanan dan kelembutan tata susila sesuatu bangsa apabila berdepan dengan orang lain. Budaya ini boleh melatih seseorang mempunyai ciri ketokohan dalam diri sendiri. Hal ini boleh menjana kendiri yang mana akan membawa kepada kebolehan penghargaan kendiri dalam diri mereka sendiri. Menyedari tentang hakikat tentang hal ini, bolehlah kita sebagai manusia menyemai budaya yang elok dalam diri sendiri bermula dari bangku sekolah lagi agar menjadi mekar subur dalam diri apabila dewasa kelak. 

Perkara yang keempat adalah pendidikan kepada seseorang individu. Pendidikan adalah perkara yang amat penting kepada seseorang bagi memastikan dia menjadi seorang manusia berilmu. Hal ini kerana dengan ini dapat membantu dia menjalini kehidupan di dunia dan di akhirat. Perkara ini ada dijelaskan dalam Al-Quran yang diwahyukan kepada Baginda Rasulullah Nabi Muhammad saw yang berbunyi "jika kamu mengkehendaki kejayaan di dunia mesti berilmu, dan jika kamu ingin memiliki akhirat mesti berilmu". Oleh itu, maka jelaslah bertapa pentingnya peranan ilmu kepada kehidupan sesemua manusia. Melalui pendidikanlah manusia dapat memperolehi ilmu yang dapat menyuluhi hidupan mereka agar keluar dari kegelapan. Sistem pendidikan juga membolehkan manusia memperoleh pekerjaan yang baik dengan gaji yang setimpal untuk menyara hidup mereka.

Perkara yang kelima adalah media massa. Media massa ini terbahagi kepada media elektronik dan media cetak. Media massa ini berperanan memberi maklumat kadar pantas kepada komuniti dalam sesebuah negara dengan kadar yang segera. Contohnya surat khabar, television, dan komputer. Pada masa sekarang timbul pula internet yang menyajikan media sosial kepada komuniti. Media sosial ini amat memberi pengaruh kepada komuniti dalam banyak aspek. Antara media sosial adalah Face Book, Instagram dan banyak lagi yang lainnya.

Keagamaan adalah pengangan kepercayaan setiap manusiaan menjadi perkara yang keenam. Semua manusia ini menganuti agama tidak kira agama Samawi atau agama Budaya. Agama mengajar umatnya menjadi seorang insan yang baik agar wujud ketenangan hidup. Namun ada juga manusia yang melanggar tuntutan agama malah ada segelintir manusia tidak beragama yang dipanggil sebagai Atheis. Golongan Atheis ini tidak percaya akan kewujudan tuhan lantas tidak menganuti mana-mana agama. Antara agama yang wujud di dunia adalah Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan banyak lagi. 

Akhir sekali dalam bab sosial ini adalah sukan. Sukan ini adalah permainan yang digemari oleh individu. Namun begitu jangan pandang rendah kepada penglibatan individu dalam bidang sukan yang digemari gemari oleh mereka kerana ianya boleh menjadi sebagai kerjaya yang menjadi sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka. Malah ada ahli sukan yang menjadi jutawan disebabkan penglibatan mereka dalam bidang ini. Hal ini jelaslah bahawa bidang sukan banyak memberi manfaat kepada individu yang menglibatkan diri dalam bidang ini. Selain ini sekira bersukan ia boleh menjaga kesihatan badan walaupun tidak menjadi bintang sukan.

Saya berharap minda anda semua berkembang dengan membaca sedikit penerangan saya mengenai Item yang ada dalam Sifir Sastera. Anda akan lebih faham dengan Sifir Sastera yang saya bentangkan kepada anda ini. Penjelasan ini akan difahami oleh anda lagi setelah membaca bab-bab yang seterusnya. Jadi saya amat berharap anda tidak sekadar terhenti disini untuk membaca hasil penulisan saya dan semoga anda membaca sampai habis.









*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.











Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh