Hakikat Nombor
Teori Nombor Wan
Hakikat Nombor
1 Pengenalan
2 Kandungan
3 Penutup
Nombor ini mempunyai rahsia-rahsianya yang tersendiri tanpa kita sedari. Semua nombor ini tidak akan tamat pergiraanya sampai bila-bila cuma berkisar sesama sendiri sahaja. Setiap nombor itu melambangkan simbol-simbol yang tertentu. Di sini saya akan menerangkan satu persatu tentang rahsia-rahsia berdasarkan pengalaman saya setelah membuat pengamatan nombor sejak sekian lama. Saya berharap anda lebih faham tentang nombor setelah membaca penulisan saya ini.
Penulisan nombor ini saya adaptasi melalui pengalaman saya belajar agama klasik dengan arwah Tok Chik saya sejak berumur lima tahun hingga 25 tahun dan digabungkan dengan ilmu akedemik yang saya pelajari di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Penulisan saya adalah berbentuk ilmiah dan sesuai anda gunakan dalam hidup anda. Saya doakan agar hidup anda akan lebih cerah minda setelah membacanya. Teori Nombor Wan ini amat memberi hikmah setalah anda mendalaminya dengan kefahaman yang sedalamnya. Teori ini mencungkil rahsia alam sedalamnya kerana nombor itu dicipta selepas abjad atau huruf. Abjad atau huruf ini adalah terhad penciptaan tapi mampu pergi lebih banyak lagi bilangan kerana pencantumannya dalam ejaan yang membentuk perkataan, setelah itu menjadi ayat. kemudian membentuk perenggan, selepas itu bab dan esei, dan akhirnya lahirlah buku. Sebutan atau panggilan kepada nombor ini adalah berbeza bagi setiap bangsa yang berbagai bahasa akan tetapi pada asasnya adalah sama sahaja kerana nombor ini hanya satu hingga sepuluh sahaja. Oleh itu, dalam Teori Nombor Wan ini saya hanya akan menghuraikan hakikat nombor satu hingga sepuluh sahaja dan pencantumannya sahaja yang membentuk sa, puluh, ratus, ribu,juta, billion, dan trillion.
Di sini saya ingin mengajak anda sekalian untuk sama-sama membaca tentang penulisan saya dalam Teori Nombor Wan agar anda lebih faham dengan nombor kerana kepentingan nombor dalam hidup kita sekalian. Buktinya cuba anda perhatikan nombor kereta atau motosikal anda, dan nombor Kad Pengenalan lambang kewargaan negara Malaysia anda. Lain setiap orang kan? Itu tandanya nombor ini sedikit sebanyak mempengaruhi hidup kita sekalian. Apa pun, semua itu adalah datang daripada Allah swt yang telah tercatat di Loh Mahfuz.
*#TEORI NOMBOR WAN
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.
Comments
Post a Comment