Perkara Dalam Perbincangan Bidang Sastera

 Sifir Sastera

Perkara Dalam Perbincangan

1 Ekonomi

2 Politik

3 Sosial


Bidang aliran sastera hanya menbincangkan tiga pekara sahaja yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia ini iaitu ekonomi, politik, dan sosial. Tiga perkara ini amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan asas kehidupan manusia di bumi. Tanpanya manusia tidak dapat hidup di bumi. Hal ini tidak bermakna bidang sains tidak penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu bidang sains hanya satu cabang kecil dalam bidang sosial iaitu terkandung dalam bidang sosial iaitu dalam cabang pendidikan dan teknologi. Ia berperanan untuk merancakkan lagi bidang ekonomi untuk menstabilkan bidang politik sesuatu komuniti dalam sebuah negara dalam memajukan taraf kehidupan rakyat negara. Dalam ketiga-tiga bidang sastera tersebut, bidang politiklah yang paling berkuasa kerana ia mengatur kehidupan rakyat dan menjaga keamanan sesebuah negara. Namun begitu bidang ekonomilah yang meneruskan kelansungan kehidupan manusia berikutan sumber makanan menyambung nyawa manusia. Bidang sosial pula memainkan peranan untuk membentuk hidup manusia mencapai nilai ekstatika.

Bidang ekonomi membincangkan hal sumber alam, modal, tenaga kerja, kadar upah, pelaburan. Sumber alam berkaitan dengan tanaman untuk makanan, hutan, galian, dan haiwan ternakan untuk makanan. Modal berkaitan keupayaan untuk membangun sumber alam samada kewangan atau pengetahuan. Tenaga kerja pula kekuatan kudrat manusia untuk bekerja mengerjakan sumber alam bagi kegunaan negara yang terdiri dari pada pekerja tempatan atau pendatang asing. Hal kadar upah pula membicarakan tentang tangga gaji yang dibayar kepada pekerja bergantung kepada kemahiran iaitu tidak mahir, separuh mahir dan mahir ditentukan faktor kemajuan sesebuah negara. Pelaburan sumbangan sumber kewangan, kepakaran dan teknologi untuk membangunkan sumber alam.

Bidang politik pula membincangkan tentang hubungan diplomatik dengan negara luar, keselamatan, dasar negara, undang-undang negara, sistem pencukaian dan pentadbiran sesebuah negara. Hubungan diplomatik negara dengan negara luar dapat mengukuhkan sesebuah negara melalui eksport import produk dan tenaga buruh, pasaran produk tempatan dan khidmat kepakaran. Peranan keselamatan pula bagi memastikan kestabilan politik bagi mensejahterakan rakyat dan menarik kemasukan pelaburan asing. Dasar negara membincangkan tentang langkah sesebuah negara menyasarkan hala tuju masa depan negara kerana ia penting untuk meyakinkan rakyat dan negara serantau  serta antarabangsa. Penggubalan sesuatu undang-undang penting untuk menjaga keamanan sesebuah negara terjamin agar rakyak hidup selesa dan meningkatkan negara luar terhadap negara tersebut. Sistem percukaian yang dikenakan oleh kerajaan dalam sesebuah negara bertujuan untuk oleh kerajaan untuk menentukan hasil pendapatan negara tersebut. Sistem pentadbiran sesebuah kerajaan dalam sesuatu negara menentukan perjalanan pemerintahan negara berjalan lancar dan terurus.

Bidang sosial membincangkan tentang aktiviti sosial rakyat dalam negara yang merangkumi keagamaan, sukan, infrastruktur dan fasiliti, budaya, pelancongan, dan hiburan. Keagamaan anutan kepercayaan bangsa dalam sesebuah negara yang mempengaruhi cara hidup, pemakanan, pakaian dan kegiatan ekonomi. Sukan adalah riadah dan reakrasi rakyat pada masa lapang sehingalah ada sebahagiannya menjadi sumber pendapatan rakyat. Infrastruktur dan fasilisiti adalah binaan asas yang disediakan oleh kerajaan hasil kekayaan negara dan pendapatan cukai negara untuk keperluan kemudahan rakyat seperti jalan raya, jambatan, tandas awam, hospital, dan perpustakaan awam. Budaya meliputi sambutan perayaan, seni dan estatika yang mencerminkan latar belakang kaum tersebut untuk dikenali. Sektor pelancongan pula kecederungan manusia melawat sesuatu tempat untuk melihat tinggalan sejarah seperti bangunan dan monemun, berehat semasa cuti di tempat peranginan dan hutan lipur, serta membeli belah di pusat membeli belah. Hiburan pula aktiviti manusia pada malam minggu mengikut kegemaran masing-masing seperti menyanyi, dan majlis sambutan memperingati hari jadi dan ulang tahun.

Ketiga-tiga bidang tersebut saling mempengaruhi antara satu sama lain. Bagaimana percaturannya akan saya jelaskan dalam bab yang lain antara satunya adalah tiga teori digunakan oleh saya ini dalam penciptaan sifir sastera ini. Anda juga perlu membaca keseluruhan penulisan saya untuk memahami sifir sastera ini. Apabila anda sekalian telah memahami sifir sastera ini maka senanglah anda menjalani kehidupan di dunia ini. melalui sifir ini juga saya telah di anugerahkan hadiah Pelajar Terbaik STPM Tahun 2005 di Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu Darul Iman. 



*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.





















Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh