Sistem Tubuh Badan Manusia Berdasarkan Ekonomi, Politik, dan Sosial

 Sifir Sastera

Sistem Tubuh Badan Manusia Berdasarkan Ekonomi, Politik, dan Sosial

1 Pengenalan

2 Kandungan

     -prima, skunder, dan terteir

     -tiga Ta

     -negatif dan positif

     -menolak dan menarik

     -tanah, air, api, dan angin

     -Taurat, Injil, Zabur, dan Quran

3 Penutup




Allah menjadikan alam semester ini dengan sebaiknya-baik penciptaan. Antara makhluk paling baik yang diciptakan oleh Allah swt adalah manusia bakal menjadi khalifah di bumi ini. Manusia dikurniakan akal dan nafsu yang lantas membezakannya dengan makhluk yang lain. Bahagian anggota manusia terbahagikan kepada tiga anggota badan iaitu hati yakni jantung menurut imam Al-Ghazali, otak yang mengandungi akal, dan jasad iaitu tulang empat kerat. Kesemua ini saling bergantung satu sama lain yang mewujudkan rantaian dimana ibarat cubit peha kiri terasa peha kanan. Kesemua ini saya akan terangkan secara menyeluruh dalam isi kandungan nanti agar anda lebih faham lagi secara mendalam.

Seperti ekonomi, politik dan sosial, tubuh badan manusia pun begitu juga. Oleh itu mari kita lihat secara menyeluruh. Pertama sekali ekonomi, ekonomi itu menggambarkan jasad yakni tulang empat kerat dimana ianya memerlukan sumber makanan untuk mendapatkan kudrat agar boleh melakukan kerja. Tanpa makanan ia menjadi lemah. Jadi bertepatanlah ia adalah bukti bahawa ianya merupakan lambang punca ekonomi. Satu lagi, tulang empat kerat juga bekerja untuk mendapatkan keperluan fisiologi manusia. Keperluan fisiologi untuk manusia amat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana tanpanya manusia tidak mampu untuk hidup. Kerana itu Allah telah menjadikan manusia untuk dengan sempurna yang mempunyai tulang empat kerat agar manusia dapat bekerja mencari nafkah hidup. Sistem tubuh badan manusia mempunyai empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Unsur inilah yang menjadi tunjang asas elemen dalam tubuh badan manusia untuk bekerja mendapatkan sumber ekonomi. Pergerakan telah diaturkan oleh Allah swt melalui empat kitab dalam agama Samawi iaitu Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s, Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, dam Al-Quran yang diturunkan kepada nabi Muhamad swt.

Kedua adalah politik yang  dilambangkan oleh otak. Mengapakah saya lambangkan otak sebagai simbol politik berdasarkan sistem tubuh badan manusia? Hal ini kerana otak adalah pengawal sistem badan manusia. Otak manusia juga mempunyai akal untuk berfikir bagi membezakan antara baik atau buruk. Bagi manusia lelaki, mereka mempunyai sembilan akal dan satu nafsu, manakala manusia perempuan pula mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Politik bermaksud pemerintahan. Manusia mampu memerintah menggunakan keupayaan otak mereka. Otak manusia mampu berfikir secara logik untuk membezakan antara perkara negatif atau positif kepada mereka. Otak juga boleh befikir faktor menarik atau menolak kepada mereka. Keupayaan otak sangat amat penting kepada manusia dan ianya dipanggil kekuatan mental. Jika mental manusia lemah, manusia akan mendapat penyakit mental yang akan merbahaya terhadap diri mereka sendiri. Bagi manusia yang memiliki keupayaan mental yang tinggi pula mereka akan digelar sebagai pintar atau digelar IQ Genius. 

Terakhir adalah sosial dalam manusia yang saya samakan dengan sistem tubuh badan manusia adalah jantung atau Al-Ghazali memanggilnya sebagai hati. Sebenarnya jantung inilah asas kepada manusia untuk kekal hidup. Jika menurut konsep Al-Ghazali ianya adalah hati yang menyimpan niat manusia, naluri dan memori. Di hati ini turut menempatkan istana Allah, istana Iblis, dan juga roh manusia. Tiga elemen ini adalah saling berkaitan, namun begitu istana Iblis mesti kita hapuskan di hati agar kita menjadi Insan Kamil. Apa yang ada pada hati adalah niat hierarki keinginan yang primer, skunder, dan tertier. Pada hati juga boleh berubah niat berdasarkan tiga Ta iaitu Harta, Tahta, dan Wanita. Setiap hati yang normal itu mesti mempercayai wujunya Tuhan yang dipanggil dengan berbagai nama mengikut kepercayai masing-masing. Bagi Muslim, Tuhan itu dipanggil Allah swt dan nabi Muhammad saw sebagai Rasul. Hati yang tidak memiliki agama akan menjadi tonggang langgang hidupnya kerana tidak cukup syarat sistem tubuh badan manusia.

Saya telah menghuraikan secara menyeluruh tentang ekonomi, politik, dan sosial berdasarkan sistem tubuh badan manusia dalam bab ini. Sekarang terpulanglah kepada anda bagaimana untuk memahaminya. Namun begitu, anda juga perlu membaca bab lain untuk melengkapkan bab ini. Seperti bak kata pepatah Melayu, "yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang". Ianya membawa maksud kita mesti berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Sebenarya Sifir Sastera yang saya ciptakan ini berdasarkan ilmu teologi klasik dicampurkan dengan ilmu akedemik milinium.




*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.














Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh