Teori Piramid, Bulatan, dan Empat Segi

 Sifir Sastera

Teori

1 Piramid

2 Bulatan

3 Empat Segi


Sifir sastera dicipta oleh saya merangkumi tiga teori asas iaitu teori piramid, bulatan, dan empat segi. Ketiga-tiga teori ini saling bergantungan diantara satu sama lain. Teori asas adalah teori piramid yang saya dalami semasa belajar STPM untuk menguasai kesemua empat mata pelajaran yang dipelajari oleh saya. Pada asas asalnya saya hanya bertujuan untuk memahami mata pelajaran dan menulis esei. Namun apabila teori ini dibawa oleh saya untuk belajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman, saya telah menemui dua lagi teori iaitu teori bulatan dan empat segi. Setelah itu saya menyedari asas kehidupan di dunia ini.

Teori piramid adalah asas kepada sifir sastera ini kerana anda perlu menguasainya terlebih dahulu. Simbol piramid mempunyai tiga bucu melambangkan ia menghuraikan tentang sesuatu perkara iaitu pengenalan, isi, dan penutup, atau prima, skunder, dan tertier. Teori piramid juga mengambarkan bentuk hati manusia. Sebagai contoh adalah untuk membuat esei yang mengandungi tiga perkara yang terdiri daripada pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan biasanya mempunyai definisi, sejarah, latar belakang dan banyak lagi bergantung kepada kehendak soalan yang ditanya. Bahagian isi pula lazimnya terdiri daripada faktor, peranan, impak dan sebagainya juga mengikut kehendak soalan yang ditanya. Namun berlainan pula dengan bahagian penutup yang mana kita hanya perlu merumuskan dan memberi kesimpulan dengan menyelit perkara dalam bahagian isi biasanya seperti kadar, bukti, ciri, dan sebagainya bagi memenuhi kesesuaian dengan kehendak soalan. Nanti saya akan jelaskan secara terperinci dalam bab yang lain. Anda hanya perlu membaca keseluruhan penulisan saya.

Teori bulatan terkenal dengan Ying Yan iaitu hitam putih, atau siang malam. Teori ini simbol pusingan yang mengambarkan otak manusia. Ianya bertujuan menterbalikkan teori piramid agar menjadi semakin lebih menarik lagi. Teori bulatan juga bertujuan mevariasikan lagi esei anda untuk mendapatkan perhatian orang lebih cenderung membaca esei atau buku anda. Apa yang paling penting lagi ia amat berguna untuk kita gunakan dalam kehidupan kita di dunia ini kerana teori bulatan ini adalah sebenarnya kita panggil sebagai idea. Penting bukan idea dalam kehidupan kita untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang menimpa kita dalam kehidupan kita. Nah, apa lagi yang kita tangguh, ayuh kita kuasai sifir sastera kita kerana ia juga disebut sebagai akal dalam Kitab Suci Umat Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW iaitu Kitab Agama Samawi terakhir Kitab Al-Quran Nur Karim, menunjuk petunjuk sepanjang zaman meliputi alam dunia hingga hari kiamat dan hari akhirat selepas kematian di dunia. 

Teori empat segi juga membayangkan manusia iaitu kudrat dua kaki dan dua tangan. Saya ambil teori empat segi ini yang mengambarkan kakitangan manusia bagi melengkapkan teori piramid dan bulatan. Teori ini saya ambil dalam ajaran agama Hanif bangsa Jawi yang disebut sebagai ilmu empat tapang iaitu serba boleh.

Kesimpulannya maka cukup lengkaplah teori-teori yang ada dalam sifir sastera. Anda sekalian kuasailah terlebih dahulu bab ini. Saya akan lebih perincikan bab ini dalam bab yang lain. Sebenarnya semua yang saya tulis ini berantaian diantara satu sama lain.




*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.













 

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh