Teori Bulatan

 Sifir Sastera

Teori Bulatan

1 Pengenalan

2 Kandungan

3 Penutup


Teori bulatan saya aplikasikan daripada bentuk otak manusia yang bulat. Otak manusia berbentuk bulat yang lazimnya dibahagikan kepada dua iaitu kanan dan kiri yang manusia gunakan untuk manusia berfikir betul atau salah. Bentuk bulat juga terdapat dalam ajaran agama Budaya iaitu Buddha yang diajar oleh Sidharta Gautama Buddha seorang putera India yang beragama Hindu. Baginda membenci ajaran agama Hindu yang mengamalkan sistem kasta lalu berhijrah ke China untuk mengembangkan dan mengajarkan agama Buddha kepada rakyat di sana. Bentuk bulat dalam ajaran agama Buddha mengajarkan tentang konsep Ying dan Yan yang bewarna hitam dan putih yang menerangkan sejuk dan panas. Nanti saya terangkan tentang teori bulatan secara lebih mendalam pada bahagian Kandungan.

Anda perasan tidak apabila tengok roda berpusing? Tentu tidak bukan? Ada orang pernah berkata, "jangan pernah angkuh bila anda di atas, nanti anda akan berada di bawah pula". Perhatikan apa yang terdapat dalam kata-kata itu. Dua perkara yang bertentangan kan mengambarkan tentang kedudukan yang berbeza yakni atas dan bawah. Sebenarnya simbol bulatan ini menerangkan tentang dua perbezaan atau dua persamaan yang berbeza. Sebagai contoh mari kita lihat tentang kedudukan, atas dan bawah, depan dan belakang, atau kiri dan kanan. Hal ini saya aplikasikan tentang konsep Ying dan Yan dalam ajaran Sidharta Gautama Buddha. Dalam Kitab Suci Agama Samawi sendiri pun ada menerangkan tentang hal ini mengenai perkara ini melalui penciptaan manusia yang berpasangan antara lelaki dan perempuan. Teori bulatan juga membayangkan tentang kaedah pusingan otak yang berpusing untuk berfikir mencari idea. Manusia mempunyai otak yang Allah anugerahkan akal untuk berfikir. Akallah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Dengan akal juga yang membezakan antara lelaki dengan perempuan, di mana lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu, manakala perempuan pula mempunyai satu akal dan sembilan nafsu.

Teori bulatan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Maka amatlah penting anda semua menguasai teori ini. Setelah anda dapat menguasai teori ini maka dapatlah anda akan mudah mengawal hidup anda dengan izin Allah. Semoga dengan penerangan saya tentang teori bulatan ini maka dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda.






*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.




 









Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh