Teori Empat Segi
Sifir Sastera
Teori Empat Segi
1 Pengenalan
2 Kandungan
3 Penutup
Teori empat segi saya aplikasikan daripada manusia iaitu tulang empat kerat yakni kedua-dua kaki dan tangan. Dengan kudrat tulang empat keratlah manusia gunakan untuk melakukan kerja. Sekiranya tulang empat kerat cacat maka terbataslah manusia untuk melakukan kerja. Bentuk empat segi mempunyai empat bucu yang menggambarkan ianya mempunyai empat perkara dalam segi empat. Apakah perkara itu? Jika sekiranya kita mengambil asas daripada anggota badan manusia, ianya bermula tangan kanan, kemudian tangan kiri yang mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Selepas itu, kaki kanan dan kaki kiri sebagai tapak kepada manusia untuk berdiri. Maka cukuplah empat anggota badan manusia menyerupai empat bucu pada bahagian empat segi. Saya akan menghuraikan dengan lebih terperinci tentang teori empat segi dalam bahagian Kandungan nanti.
Teori empat segi ini saya ambil dalam Agama Samawi yang Allah swt turunkan selepas Agama Budaya iaitu Hindu dan Buddha, lalu saya aplikasikan dalam Sifir Sastera. Cuba anda lihat berapakah Kitab Suci yang ada dalam ajaran Langit iaitu Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran. Mazhab Ahlul Sunnah wa Jamaah dalam Agama Islam juga ada empat yang popular iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki, dan Syafie. Umat Islam juga hanya dibenarkan berpoligami sehingga empat sahaja. Hal ini menunjukkan empat itu simbol Hukum. Bagaimanakah kita hendak aplikasikan teori segi empat dalam Sifir Sastera ini? Baiklah, mari saya ceritakan kepada anda. Cuba anda perhatikan arah, ada empatkan iaitu Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Anda juga perhatikan elemen Bumi yang mempunyai empat unsu iaitu Tanah, Air, Api, dan Angin. Hal ini bersesuaian dengan segi empat yang mempunyai empat bucu. Sekiranya anda mendalami kefahaman tentang konsep segi empat ini, maka anda akan lebih faham tentang kehidupan anda dengan izin Allah swt.
Saya telah terangkan secara terperinci tentang Teori Segi Empat, maka selebihnya terpulanglah kepada anda untuk memahami Teori ini. Saya cuma mampu berharap kehadrat Allah swt agar membuka pintu hati anda untuk dapat membuka pintu hati anda supaya dapat mengaplikasikan Teori Empat Segi ini dalam hidup anda.
*#SIFIR SASTERA
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.
Comments
Post a Comment