Teori Piramid

 Sifir Sastera

Teori Piramid


1 Pengenalan

2 Kandungan

3 Penutup


Teori piramid adalah aplikasi kepada pembahagian kuasa di dunia ini. Cuba anda lihat apa yang berada di dalam piramid yang berada di Negara Mesir. Ala, piramid peninggalan Firaun itu. pernahkah anda mendengar? Tentu pernahkan? Baiklah, apa yang terdapat di dalamnya? Mumia Firaun, hamba, dan harta benda kan. Sebuah piramid sinonimnya dibahagikan kepada tiga bukan? Mengapakah begitu? Sebenar apa yang anda tidak tahu piramid harus dibahagikan kepada tiga kerana piramid mempunyai tiga bucu. Bucu atas, kanan dan kiri. Apa maksudnya? Maksudnya atas melambang paling berkuasa, kanan menunjukkan yang penting dan kiri itu adalah biasa-biasa saja. Jadi, dalam teori piramid ini apa yang paling berkuasa adalah Pengenalan kerana pada bahagian ini kita mesti menjelaskan tentang tajuk atau soalan yang bakal kita huraikan dalam bahagian kandungan. Pada bahagian Kandungan pula kita menceritakan apa yang terdapat dalam tajuk dan ditanya oleh soalan. Akhir sekali kita merumuskan kesimpulan keseluruhan tajuk atau esei pada bahagian Penutup. 

Hidup kita pada asasnya mesti ada tiga perkara. Mengapa? Cuba kita lihat diri kita sendiri. Bagaimana kita lahir ke dunia ini? Hal itu kerana percantuman diantara sperma dan ovum ibubapa barulah kita lahir ke dunia ini. Itu konsep kita lahir ke dunia ini yang perlu tiga aspek dalam tiap-tiap perkara. Begitulah juga dengan semua perkara yang berlaku di dunia perlu ada tiga perkara seperti tiga bucu yang ada dalam bentuk piramid. Penemuan formula piramid ini membawa perubahan besar kepada kemajuan hidup manusia. Sekiranya perlu ada tiga perkara perlu kita ada dalam setiap perkara yang hendak dilakukan, maka sentiasa bersedialah segala langkah kita dengan tiga perkara tersebut iaitu Pengenalan, Kandungan dan Penutup. Insya'Allah kita bakal berjaya dalam semua usaha kita. Dengan ilmu Sifir Sastera ini saya doakan agar setiap langkah anda dalam hidup ini dengan terbilang.

Setelah anda memahami Teori Piramid yang saya terangkan di sini. Teori ini amat bermanfaat kepada kehidupan seharian kita sama ada untuk memahami perkara yang terjadi, atau untuk menjalani kehidupan seharian kita. Anda akan lebih memahami lagi konsep ini dalam bab seterusnya yang akan saya terangkan nanti. Jadi saya harap anda akan dapat membaca penulisan saya secara menyeluruh.









*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.





















Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh