Teori-Teori Sifir Sastera

 Sifir Sastera

Teori-Teori Sifir Sastera


1 Pengenalan

2 Kandungan

     a-SWOT

     b-Ilmu Tapak Tiga

     c-5W

     d-Teori nombor


3 Penutup


Sebenarnya untuk menghasilkan teori Sifir Sastera ini, saya tidak sekadar hanya terhad dengan menggunakan tiga teori sahaja iaitu Teori Piramid, Bulatan, dan Segi Empat sahaja, malah saya turut menggunakan banyak teori lain lagi. Apakah teori-teori itu? Nanti saya akan terangkan lebih banyak lagi dalam bahagian Kandungan. Sebelum membaca teori-teori lain yang saya gunakan dalam Sifir Sastera, anda terlebih dahulu perlu memahami tiga teori asas tersebut.

Teori lain yang terdapat dalam Sifir Sastera adalah banyak, namun di bab ini saya hanya mampu terangkan hanya sebahagian sahaja yakni merangkumi dua teori Inggeris, satu teori Bani Jawi, dan satu teori rekaan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya dalam bidang akedemik. Teori pertama adalah teori SWOT. Apa itu Teori SWOT? Teori SWOT adalah Strenght, Weak, Oppotunity, dan Treat. Strenght adalah kekuatan, Weak adalah kelemahan, Oppotunity adalah peluang, dan Treat adalah ancaman. Semasa saya belajar Teori SWOT dalam kelas SDG (Self Deffance Group) di Universiti Utara Malaysia dulu, ianya digunakan untuk menjalankan perniagaan. Namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup kita sebagai manusia di muka Bumi. Teori ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kebolehan diri kita bersaing dengan orang lain.

Teori seterusnya adalah teori Ilmu Tapak Tiga hukum pergerakkan kuasa Bani Jawi Alam Semenanjung Tanah Melayu. Ingat lagi tidak Teori Piramid dalam bab seselumnya? Sebenarnya Bani Jawi juga berasal daripada Bapa Kaum, Nabi Ibrahim as. Cuma Bani Jawi diketepikan oleh Bani Israel selepas Nabi Ishak as menyuruh bapanya berkahwin lain setelah kematian Siti Sarah dengan Puteri Qethurah iaitu Puteri Raja Timur jauh. Nabi Ibrahim as mendapat enam orang anak hasil perkahwinan dengan Puteri Qethurah ini dan anak-anak beliau inilah yang menolong pembebasan Bani Israel daripada Firaun di Mesir. Bani Jawi juga pandai membina Piramid dan tahu akan Formula Pembinaan Piramid.

Teori berikutnya adalah Teori 5W adalah untuk bertanyakan soalan. Teori 5W adalah What (Apa), Who (Siapa), When (Bila), Which (Yang Mana Satu), dan Why (kenapa) Hal ini kerana semasa menulis sesuatu esei kita bertanya kepada diri kita sendiri dan kita juga akan menjawab dengan sendiri. Maka dengan itu esei menjadi lebih menarik lagi.  Teori 5W juga penting untuk anda ketahui kerana amat penting kepada anda untuk ketahui soalan yang ditujukan kepada anda. Sekiranya anda tidak faham tentang soalan yang ditanya, maka tidak dapatlah anda menjawab persoalan yang diajukan kepada anda.

Akhir sekali adalah Teori Nombor yang mana teori ini saya cipta sendiri berdasarkan ilmu ketuhanan yang saya pelajari melalui arwar datuk saya yang hidup 100 tahun lebih. Teori ini merangkan hukumpenomboran bermula dengan Satu (1) hingga Sepuluh (10). Nombor satu melambangkan Allah iaitu Ahad, nombor kedua adalah bagi Penghulu iaitu Nabi Muhammad saw, nombor ketiga bagi diri kita, nombor keempat adalah kepada hukum, nombor lima kembali kepada masyarakat, nombor enam adalah nombor alam semester, nombor tujuh adalah nombor cukup syarat, nombor lapan adalah nombor kitaran alam, mana kala nombor sembilan adalah kebenaran dan akhir sekali adalah nnombor kosong nombor fana. Sebenarnya nombor sepuluh tidak ada kerana ia telah menjadi kosong dan nombor satu akan naik ke sisinya. Saya akan terangkan secara lebih mendalam dalam Teori Nombor saya selepas penulisan Sifir Sastera ini.

Sekarang anda telah mengetahui sedikit sebanyak tentang teori-teori yang saya gunakan dalam mencipta Sifir Sosial ini. Maka apa yang perlu anda buat sekarang adalah menguasai Sifir Sastera yang saya ajarkan kepada anda ini. Setelah anda menguasi Sifir Sastera, ia bukan sahaja dapat digunakan dalam menjawab esei atau menulis buku dan berceramah, akan tetapi dapat memajukan lagi kehidapan di dunia ini.




*#SIFIR SASTERA

*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD

*#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail

*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com

*#(NO.TELEFON) 013-9891662

*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.









 









Comments

Popular posts from this blog

Testimoni

Hakikat Nombor Lima

Hakikat Nombor Tujuh