Posts

Showing posts from September, 2021

Hakikat Nombor Dua

Image
 Teori Nombor Wan Hakikat Nombor Dua 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Hakikat nombor Dua ini amat sulit untuk saya nyatakan kerana nombor punca segala jadi nombor-nombor yang lain. Nombor ini sangat aneh dan sukar untuk diceritakan kerana ia melibatkan awal-awal alam kejadian makluk seperti azazil, malaikat, syurga, neraka, jin, dunia, planet, dan manusia itu sendiri. Saya akan ceritakan dalam kandungan nanti.  Nombor Dua ini lambang penghulu kita iaitu jujungan besar Rasulullah, Nabi Muhammad saw. Saya kata begitu kerana Nabi Muhammad saw adalah Bapa bagi roh manusia, manakala Nabi Adam as pula Bapa bagi jasad manusia. Manusia pula makhluk Allah swt yang paling mulia disisiNya mengatasi makhluk-makhluk lain dan manusia merupakan khlifah di muka bumi ini. Sebenar ada satu rahsia yang tersembunyi antara Nabi Muhammad dan Allah. Rahsia itu adalah Allah wujud dengan sendiri lalu Allah mencipta Nur Muhammad sebagai teman di mana alam masih tidak wujud kerana tanpa makhluk, siapa yang aka

Hakikat Nombor Satu

Image
 Teori Nombor Wan Hakikat Nombor Satu 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Para pembaca sekalian, saya telah berfikir panjang untuk bercerita tentang hakikat nombor ini kerana ia adalah rahsia Allah swt. Namun begitu sampai bila ia mahu menjadi rahsia kerana lambat laun akan ada orang membongkarnya. Walaupun begitu ilmu ini saya perolehi berdasarkan ilham dari percampuran ilmu agama klasik dengan ilmu akedemik moden. Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak kerana saya hanya meluah apa yang terbuku di hati sahaja. Sekarang saya akan membongkar rahsia ini dan saya berharap anda akan bertanya kepada pakar sebelum terima dangan bulat-bulat untuk pedoman hidup. Nombor Satu adalah nombor untuk Allah swt. Nombor Satu adalah nombor primer yang paling primer kerana nombor ini yang pertama wujud. Ia wujud dengan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana nombor yang lain dan ia merupa simbol ketunggalan iaitu Esa. Nombor ini adalah nombor yang sejati lagi tulin yang mana nombor lain yang

Hirarki Nombor

Image
 Teori Nombor Wan Hierarki Nombor 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Apabila kita melihat nombor, kita melihat ianya sama sahaja tanpa kita ketahui bahawa nombor itu terbahagi kepada tiga. Pembahagian nombor itu pada asasnya ada empat, tapi yang saya cuma bagitahu tiga sahaja kerana keempat itu menjadi rahsia Allah sampai sekarang. Apa tiga pembahagian nombor itu akan saya bagitahu dalam kandungan nanti. Nombor satu hingga sepuluh itu dibahagikan kepada empat. Namun saya hanya mampu menghuraikan tiga pembahagian sahaja. Nombor itu dibahagikan kepada nombor primer, skunder, dan tertier, begitulah hirarkinya. Nombor primer itu melibatkan nombor satu, dua, dan tiga. Mengapa nombor satu hingga tiga dikatakan sebagai nombor primer? Hal ini kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor asas. Nombor kedua saya namakan sebagai nombor skunder kerana nombor ini wujud hasil tambah nombor primer iaitu nombor satu hingga tiga yang mana hasilnya dapatlah nombor empat, lima, dan enam. Dan nombor yang k

Hakikat Nombor

Image
 Teori Nombor Wan Hakikat Nombor 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Nombor ini mempunyai rahsia-rahsianya yang tersendiri tanpa kita sedari. Semua nombor ini tidak akan tamat pergiraanya sampai bila-bila cuma berkisar sesama sendiri sahaja. Setiap nombor itu melambangkan simbol-simbol yang tertentu. Di sini saya akan menerangkan satu persatu tentang rahsia-rahsia berdasarkan pengalaman saya setelah membuat pengamatan nombor sejak sekian lama. Saya berharap anda lebih faham tentang nombor setelah membaca penulisan saya ini.  Penulisan nombor ini saya adaptasi melalui pengalaman saya belajar agama klasik dengan arwah Tok Chik saya sejak berumur lima tahun hingga 25 tahun dan digabungkan dengan ilmu akedemik yang saya pelajari di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Penulisan saya adalah berbentuk ilmiah dan sesuai anda gunakan dalam hidup anda. Saya doakan agar hidup anda akan lebih cerah minda setelah membacanya. Teori Nombor Wan ini amat memberi hikmah setalah anda mend

Sistem Tubuh Badan Manusia Berdasarkan Ekonomi, Politik, dan Sosial

Image
 Sifir Sastera Sistem Tubuh Badan Manusia Berdasarkan Ekonomi, Politik, dan Sosial 1 Pengenalan 2 Kandungan      -prima, skunder, dan terteir      -tiga Ta      -negatif dan positif      -menolak dan menarik      -tanah, air, api, dan angin      -Taurat, Injil, Zabur, dan Quran 3 Penutup Allah menjadikan alam semester ini dengan sebaiknya-baik penciptaan. Antara makhluk paling baik yang diciptakan oleh Allah swt adalah manusia bakal menjadi khalifah di bumi ini. Manusia dikurniakan akal dan nafsu yang lantas membezakannya dengan makhluk yang lain. Bahagian anggota manusia terbahagikan kepada tiga anggota badan iaitu hati yakni jantung menurut imam Al-Ghazali, otak yang mengandungi akal, dan jasad iaitu tulang empat kerat. Kesemua ini saling bergantung satu sama lain yang mewujudkan rantaian dimana ibarat cubit peha kiri terasa peha kanan. Kesemua ini saya akan terangkan secara menyeluruh dalam isi kandungan nanti agar anda lebih faham lagi secara mendalam. Seperti ekonomi, politik dan

Teori Piramid, Bulatan, dan Empat Segi

Image
 Sifir Sastera Teori 1 Piramid 2 Bulatan 3 Empat Segi Sifir sastera dicipta oleh saya merangkumi tiga teori asas iaitu teori piramid, bulatan, dan empat segi. Ketiga-tiga teori ini saling bergantungan diantara satu sama lain. Teori asas adalah teori piramid yang saya dalami semasa belajar STPM untuk menguasai kesemua empat mata pelajaran yang dipelajari oleh saya. Pada asas asalnya saya hanya bertujuan untuk memahami mata pelajaran dan menulis esei. Namun apabila teori ini dibawa oleh saya untuk belajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman, saya telah menemui dua lagi teori iaitu teori bulatan dan empat segi. Setelah itu saya menyedari asas kehidupan di dunia ini. Teori piramid adalah asas kepada sifir sastera ini kerana anda perlu menguasainya terlebih dahulu. Simbol piramid mempunyai tiga bucu melambangkan ia menghuraikan tentang sesuatu perkara iaitu pengenalan, isi, dan penutup, atau prima, skunder, dan tertier. Teori piramid juga mengambarkan bentuk hati manusia.

Teori-Teori Sifir Sastera

Image
 Sifir Sastera Teori-Teori Sifir Sastera 1 Pengenalan 2 Kandungan      a-SWOT      b-Ilmu Tapak Tiga      c-5W      d-Teori nombor 3 Penutup Sebenarnya untuk menghasilkan teori Sifir Sastera ini, saya tidak sekadar hanya terhad dengan menggunakan tiga teori sahaja iaitu Teori Piramid, Bulatan, dan Segi Empat sahaja, malah saya turut menggunakan banyak teori lain lagi. Apakah teori-teori itu? Nanti saya akan terangkan lebih banyak lagi dalam bahagian Kandungan. Sebelum membaca teori-teori lain yang saya gunakan dalam Sifir Sastera, anda terlebih dahulu perlu memahami tiga teori asas tersebut. Teori lain yang terdapat dalam Sifir Sastera adalah banyak, namun di bab ini saya hanya mampu terangkan hanya sebahagian sahaja yakni merangkumi dua teori Inggeris, satu teori Bani Jawi, dan satu teori rekaan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya dalam bidang akedemik. Teori pertama adalah teori SWOT. Apa itu Teori SWOT? Teori SWOT adalah Strenght, Weak, Oppotunity, dan Treat. Strenght adalah ke

Teori Empat Segi

Image
 Sifir Sastera Teori Empat Segi 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Teori empat segi saya aplikasikan daripada manusia iaitu tulang empat kerat yakni kedua-dua kaki dan tangan. Dengan kudrat tulang empat keratlah manusia gunakan untuk melakukan kerja. Sekiranya tulang empat kerat cacat maka terbataslah manusia untuk melakukan kerja. Bentuk empat segi mempunyai empat bucu yang menggambarkan ianya mempunyai empat perkara dalam segi empat. Apakah perkara itu? Jika sekiranya kita mengambil asas daripada anggota badan manusia, ianya bermula tangan kanan, kemudian tangan kiri yang mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Selepas itu, kaki kanan dan kaki kiri sebagai tapak kepada manusia untuk berdiri. Maka cukuplah empat anggota badan manusia menyerupai empat bucu pada bahagian empat segi. Saya akan menghuraikan dengan lebih terperinci tentang teori empat segi dalam bahagian Kandungan nanti. Teori empat segi ini saya ambil dalam Agama Samawi yang Allah swt turunkan selepas Agama Budaya iai

Teori Bulatan

Image
 Sifir Sastera Teori Bulatan 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Teori bulatan saya aplikasikan daripada bentuk otak manusia yang bulat. Otak manusia berbentuk bulat yang lazimnya dibahagikan kepada dua iaitu kanan dan kiri yang manusia gunakan untuk manusia berfikir betul atau salah. Bentuk bulat juga terdapat dalam ajaran agama Budaya iaitu Buddha yang diajar oleh Sidharta Gautama Buddha seorang putera India yang beragama Hindu. Baginda membenci ajaran agama Hindu yang mengamalkan sistem kasta lalu berhijrah ke China untuk mengembangkan dan mengajarkan agama Buddha kepada rakyat di sana. Bentuk bulat dalam ajaran agama Buddha mengajarkan tentang konsep Ying dan Yan yang bewarna hitam dan putih yang menerangkan sejuk dan panas. Nanti saya terangkan tentang teori bulatan secara lebih mendalam pada bahagian Kandungan. Anda perasan tidak apabila tengok roda berpusing? Tentu tidak bukan? Ada orang pernah berkata, "jangan pernah angkuh bila anda di atas, nanti anda akan berada di bawah

Teori Piramid

Image
 Sifir Sastera Teori Piramid 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Teori piramid adalah aplikasi kepada pembahagian kuasa di dunia ini. Cuba anda lihat apa yang berada di dalam piramid yang berada di Negara Mesir. Ala, piramid peninggalan Firaun itu. pernahkah anda mendengar? Tentu pernahkan? Baiklah, apa yang terdapat di dalamnya? Mumia Firaun, hamba, dan harta benda kan. Sebuah piramid sinonimnya dibahagikan kepada tiga bukan? Mengapakah begitu? Sebenar apa yang anda tidak tahu piramid harus dibahagikan kepada tiga kerana piramid mempunyai tiga bucu. Bucu atas, kanan dan kiri. Apa maksudnya? Maksudnya atas melambang paling berkuasa, kanan menunjukkan yang penting dan kiri itu adalah biasa-biasa saja. Jadi, dalam teori piramid ini apa yang paling berkuasa adalah Pengenalan kerana pada bahagian ini kita mesti menjelaskan tentang tajuk atau soalan yang bakal kita huraikan dalam bahagian kandungan. Pada bahagian Kandungan pula kita menceritakan apa yang terdapat dalam tajuk dan ditanya oleh

Item Sifir Sastera

Image
 Sifir Sastera Item 1 Definisi 2 Kandungan    a-Ekonomi         *sumber alam         *buruh         *infrastruktur dan fasiliti         *modal         *import eksport         *pelaburan         *teknologi         *perindustrian    b-Politik          *pentadbiran          *sistem cukai          *dasar kerajaan          *perundangan          *hubungan diplomatik    c-Sosial          *kesihatan          *kesenian          *budaya          *pendidikan          *media massa          *keagamaan          *sukan 3 Penutup Item kajian dalam Bidang Sastera adalah terlalu banyak. Ianya berkisar tentang kehidupan seharian manusia. Bidang Sastera juga sangat unik kerana ianya membicarakan keseluruhan kejadian alam, peraturan alam, dan menceritakan tentang kehidupan makhluk. Namun begitu, untuk menguatkan Bidang Sastera ini ia memerlukan kajian dalam ilmu Sains dan Matematik. Bab pertama dalam Bidang Sastera ini ialah Ekonomi. Mengapakah Ekonomi? Sebab ianya untuk mengisi perut manusia sebagai makan

Perkara Dalam Perbincangan Bidang Sastera

Image
 Sifir Sastera Perkara Dalam Perbincangan 1 Ekonomi 2 Politik 3 Sosial Bidang aliran sastera hanya menbincangkan tiga pekara sahaja yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia ini iaitu ekonomi, politik, dan sosial. Tiga perkara ini amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan asas kehidupan manusia di bumi. Tanpanya manusia tidak dapat hidup di bumi. Hal ini tidak bermakna bidang sains tidak penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu bidang sains hanya satu cabang kecil dalam bidang sosial iaitu terkandung dalam bidang sosial iaitu dalam cabang pendidikan dan teknologi. Ia berperanan untuk merancakkan lagi bidang ekonomi untuk menstabilkan bidang politik sesuatu komuniti dalam sebuah negara dalam memajukan taraf kehidupan rakyat negara. Dalam ketiga-tiga bidang sastera tersebut, bidang politiklah yang paling berkuasa kerana ia mengatur kehidupan rakyat dan menjaga keamanan sesebuah negara. Namun begitu bidang ekonomilah yang meneruskan kelansungan kehidupan manusia

Item Dalam Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup

Image
 Sifir Sastera Item Dalam Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup 1 Pendahuluan  2 Kandungan  3 Penutup Sifir Sastera adalah adalah formula asas untuk membuat esei yang mana mengandungi tiga asas iaitu Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup. Dalam ketiga-tiga bahagian ini mengandungi item masing-masing. Ketiga-tiga bahagian ini adalah saling bergantungan diantara satu sama lain untuk menjadi sebuah esei yang lengkap dan berkualiti. Ianya tidak dapat dipisahkan diantara satu sama lain. Sekiranya dipisahkan, maka pincanglah esei tersebut. Kita akan lihat satu persatu bahagian tersebut pada perenggan yang seterusnya. Saya berharap anda akan memahami penyampaian saya nanti. Bahagian pertama adalah Pendahuluan yang biasa mengandungi maksud, definisi, konsep, dan teori. Bahagian ini amat terhad walaupun ianya menjadi bahagian paling penting dalam sesebuah esei. Kepentingannya ibarat sebagai kepala kepada sesuatu hidupan. Pada bahagian ini kita menjawab persoalan yang ditanya oleh soalan. Oleh itu,

Pengenalan Sifir Sastera

Image
 Sifir Sastera Pengenalan  1 Definisi 2 Sejarah 3 Penutup  Definisi sifir sastera adalah satu penganilisan aliran sastera secara menyeluruh bagi memudahkan individu menguasai akedemik aliran sastera agar mendapat pemahaman menyeluruh dalam bidang ini. Ia mula dicipta pada tahun 2005 di daerah Besut, negeri Terengganu, negara Malaysia. Setelah anda menguasai teori ini, maka semakin mudahlah anda menggunakan untuk menulis esei, buku dan juga berceramah atau bersyarah, malah apa yang paling penting anda juga lebih senang menjalani kehidupan seharian anda kerana anda lebih faham apa terjadi dalam hidup anda. Oleh ini, saya ingin bercerita tentang bagaimana tentang sejarah penciptaan sifir sastera pada perenggan seterus. Harap anda sudi membaca. Sejarah penciptaan sifir satera adalah bermula pada tahun 2005 ketika saya masih berada di bangku sekolah pra-universiti. Pada mula ianya hanya sebuah peta minda yang saya reka untuk menguasai mata pelajaran dan menulis esei bagi menjawab soalan pep

Biodata Penulis Sifir Sastera

Image
 Sifir Sastera Biodata Penulis 1 Pengenalan 2 Kandungan 3 Penutup Nama penuh penulis ialah Ahmad Redzuan Bin Mohamad Bin Jusoh Bin Mamat. Nama sebelah ibu adalah Ramlah Binti Che Yusof Bin Ali. Dilahirkan kampung Bukit Tanah, Besut, Terengganu, Malaysia pada tanggal 21 Februari 1986. Mendapat pendidikan awal pra-sekolah selama dua tahun bermula umur lima dan enam tahun di Pusat Asuhan Tarbiyyah Islam (PASTI). Bersekolah rendah di tiga sekolah rendah dan juga tiga sekolah menengah sehinggalah menyambung pengajian sarjana muda kursus Pengurusan Pembangunan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia. Meminati permainan catur. Hobi bermain Face Book bermula dari tahun 2009. *#SIFIR SASTERA *#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD *#(E-MAIL) cheredzuan51@gmail.com *#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com *#(NO.TELEFON) 013-9891662 *#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.